Tuesday 24 April 2012

i'm back :)

i'm back !!
haha..lama sgt da x jenguk blog ni,mesti blog ni da majok ngan aku kan?
sbb aku x kemas kini kan die selalu bg nampak kacak n jelita.
muahaha !!
emm,,emm,,rasa2nya idea blom mencurah kat ladang gandum lagi utk aku meluahkan
segala repekan aku kat blog ni.hihi..
just aku nk tulis aku da edit blog ni bagi baru n buang segala post yg x berpekdah
post pasal sakit ati,geram,dendam,amarah,,pasal DIA,eh?hehe
buang ! buang ! past is past x nak ingt kisah lama x baik utk kesihatan tau,
soooo....once again..
hewhewhew ~!

Sunday 13 November 2011

“Aku & Dia Dah Putus…”


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”

Wednesday 12 October 2011

perasaanku berbaur mixed feeling

ok guys !
 ape perasaan korg bile tgh2 sakit ade orang hantr inbox
marah2,maki hamun korg,
pastu org yg hantar msj tu plak ade la org yg terdekat ngan korang.
rse cam sampah x?rse cam terbuang x?
sumpah !
aku rasa cam gampang skang !

Monday 4 July 2011

rindu kawan f6..

ai readers!
opss!!ak ade readers ke?pasan je lebih kan?hehe
hmm..
da lme rse nye ak tglkn blog ak ni.bukan setakat bersawang,,da bersemak samun da pun
heh..heh..heh..*mengah bersihkan semak samun kt blog =P

ari ni ak rasa hepi sgt coz kwn2 f6 ak dlu dtg umh ak
even x rmai pon,,tp yg dtg ni ckup utk ubat rindu ak kt dorg
credit la kt en. shah azwan lihat profile die sbb sudi bwk dua jejaka idaman malaya tu dtg umh ak
heheh..

at first,terkjut jgk bile shah kol 1 pagi then die ckp ade org rindu ak..
punye la berpk,,sape la yg bertuah rindu sgt kt ak
rupe2 nye 2 org jejaka bertuah faiz klik sini n si syamsul klik sni jugee tu la,,haha,,hadoii!!
then,,gtau nk dtg umh pagi sok
aduhh!!!bebudak ni mmg suke wat ak huru-hara ok,,tp ak syang kalian semua!

si faiz ni kalo korg nk tau ketua pelajar ak time f6 dlu,,garang ni,,rmai takot die
tp ak sorg je x takot die,,ak lawan die ade la,,hahha
tp ensem,rmai gak yg minat die,,tp die x lyan pon,,yg die tau just study2 n study,,
ak pon pnh gak digosipkan ngan die,,haha,,bse la kan,,zman remaja skolah,,
gosip sana gosip sini..hehe
ak ngan faiz ni,,bole dikatakan agak baik la jgk,,sbb dlu die dok sblh ak,,then ak pun mmg jnis pmpuan byk mulut
tu sal org leh gosipkan kitorg kot
malu?spe x malu?malu la jgk kne gosip2 ni kan?tp ak nak kaver,,ak gtau kt kwn2,,
ak da anggap die cam cucu ak je,,hahha*sengal kan pangai
then die pon panggil ak opah,,smpai la skang
kalo bergurau la..hehe..

si syamsul ni plak,,mmg ensem la,,dlu lam kelas jarang ak ckp ngan die
sbb die pon pendiam sgt,,ak kalo org pendiam ni ak lmbt skit nak msok ngan die
tp alhamdulillah,,hbis je f6,,kitorg leh bergurau senda mcm da selalu borak2 je
hehehe,,ngan syamsul ni,,ak pnh la gadoh ngan die,,sal pmnpuan
tp seb bek die da maap kan ak,,then td dtg umh pon die wat cm ak ngan die x pnh gadoh je
hahhaa,,,

hmm,,sesunnguhnya,,,ak mmg rindu kt kwn2 f6 ak,,nk sgt jumpe dorg,
tp ak faham mmsing sbok an,,,xde mse
shah pon cm da mls nk arrange2 kn runion2 ni
die da majok katanye,,hahaha!!shah2~
tp xpe,,ko kuat majok pon ak ttp syg ko shah,,hee~

ok la,,mlas nk taip pnjang2,,nnti kalo ade mood ak taip lagi ok,,byee~ layan marimar ayohh!!



Monday 13 June 2011

alasan apabila disuruh tutup aurat

Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. 
                              Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?


-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.


-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."



3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.


-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.


-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?



5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.


-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?



6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.


-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 



7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 


-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?



8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup oran
g lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.




9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.



10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)


-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?



11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.


-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.



12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..


-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 



13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu 

juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

.

Monday 23 May 2011

cintai aku dengan seadanya~




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Sunday 8 May 2011

habis suda,,

ak malas nk ckp banyak
just nk update,,
ak da..


HABIS FINAL WEHHHHH!!!!